Thursday, October 4, 2012

HERBALIFE ???

Bismillah. Salam. dah lama x update blog ni.. Dah setahun lebih ni x bukak. Kalau rumah kena tinggal ni dah bersawang kan? Huhu..

Berbalik kepada tajuk entri kali ni, saya nak bincangkan pasal HERBALIFE. Sebelum apa2 pe kata kita tgk dulu gambar ni.... ->

huish.. ni la gambar saya 2 thn lepas.. gambar ni coach saya yg tolong buatkan. Ingat lagi first time minum shake herbalife flavor vanilla. Ni pulak gambar saya pas turun lg 5 kg pas saya masuk pertandingan turun berat badan, menang tempat saguhati je, turun paling banyak inchi (body fat). ->


Lain kan? Yang sebelah baju pink tu la coach saya, Jamie Yap. Herbalife ni best sbb ada coach yg pantau progress kita. Masa ni aku minum F1 shake and teamix je. (budget : Rm290/bulan) Air kosong mmg saya minum banyak2 sampai leh slim mcm ni. masa gemuk dulu, asik minum air manis je, air kosong nak habis segelas pun susah. Ni gambar shake yg dah diblend skali ngan nutrisi2nya :


Kat bawah ni pulak gambar teamix dengan fungsi2nya: 


Pertandingan Weight Lose Challenge ni berlangsung selama 12 minggu, means 3 bulan la. setiap minggu ada kelas hari rabu malam selama sejam utk ajar semua peserta cara turun berat yg betul.

Minggu pertama dah ajar pasal kepentingan protein dalam proses turunkan berat badan dan shape up. Rupanya protein ni sgt penting untuk bina lean muscle yang meningkatkan kadar metabolism kita. so badan secara semulajadi boleh bakar lebih kalori tanpa perlu kita berlapar. Skip meal/ diet cara kurang atau x makan sbenarnya boleh kurangkan lean muscle yg menyebabkan metabolism rate menurun dan sekaligus menyebabkan terjadinya 'berat yoyo' atau maksudnya time diet x mkn berat turun mendadak, tapi pas stop diet berat tambah dgn cepat atau mungkin boleh double,triple berat asal. Sbb ape? sbb kadar metabolism dah rendah, cuma leh bakar sikit je kalori yg lain semua tukar jadi lemak. So mana nak dapat protein? ada dr haiwan ada dr tumbuhan. tapi cara plg senang- ambik protein F3 herbalife je.

thanks all for now. anyone interested to buy can sms - TM JomSihat <nama,lokasi> send to 36660
Saya akan call anda segera for more info.





Tuesday, February 8, 2011

Positive Mindset Produces Positive Attitude to Produce Positive Outcomes ;D

 
FOR THINGS TO CHANGE U GOT TO CHANGE
FOR THINGS TO GET BETTER U GOT TO BE BETTER






~U ARE THE ONE WHO DESIGN YOUR LIFE BY CHOOSING TO POSITIVE OR NEGATIVE~ 

Wednesday, February 2, 2011

Cita-Cita Masa Kecik Vs Realiti Kini

Ambition can be defined as an eager or strong desire to accomplish something.
 Ingat lagi tak cita-cita kita masa kita kecik? Zaza ingat lagi Zaza nak jadi DOKTOR. Satu family tau Zaza nak jadi doktor dulu. Mak dan abah pun suka kalau Zaza nak jadi doktor. Mestilah mereka rasa berbangga ada anak seorang doktor. Tapi lepas masuk sekolah menengah, cita-cita dah bertukar pulak nak jadi PAKAR MOTIVASI. Sebab rasa macam x layak/sesuai jadi doktor kot. Masuk U, cita-cita bertukar lagi, nak jadi PENSYARAH pulak, tapi apply x dapat-dapat. Jadi sambar je la kerja apa yang dapat. Asalkan dapat berdikari dan tak bergantung dengan keluarga lagi. Ada yang dapat jadi seperti yang dicita-citakan, tak kurang juga yang melencong terus dari cita-cita. Persoalannya kenapa??? Salah satu sebab mungkin kerana semakin kita meningkat dewasa banyak peristiwa yang kita lalui atau kita nampak yang membataskan imiginasi kita, mengurangkan keyakinan kita pada diri sindiri atau membataskan kebolehan diri mungkin juga sudah tersurat sebab kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa, yang menentukan segala sesuatu itu ialah ALLAH. Kadang kala tak semestinya yang kita mahukan itu yang terbaik buat kita. Allah lebih mengetahui. Percaya tak apa yang kita miliki sekarang adalah dari pilihan kita sendiri? Semuanya bermula dengan keputusan yang pernah kita buat dulu. Jadi apa yang kita putuskan sekarang bakal menentukan siapa dan bagaimana kita pada masa hadapan. Jangan pandang rendah potensi diri. Segalanya tak mustahil andai kita yakin dan mahu menerobos kekuatan dan kelebihan diri. Januari baru meninggalkan kita, namun itu bukan alasan untuk tidak punya azam atau target mahu jadi yang lebih baik pada tahun 2011 berbanding 2010 kan? Ambil sedikit masa untuk diri sendiri, duduk dan tulis apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup (tanpa sikap prejudis kepada potensi diri).Zaman sekarang zaman yg semuanya nak cepat. Mati je org tak mau cepat. =P Nilai kehidupan pun dah merosot seiring dengan kemodenan duniawi. Pastikan usaha kita untuk capai apa yang kita idamkan tak melanggar batas kemanusiaan apatah lagi melanggar syariat agama. (*_*)

The world makes way for those who know where they are going.



Ambil langkah pertama sekarang atau kita akan berada di tempat yang sama.