Wednesday, February 2, 2011

Cita-Cita Masa Kecik Vs Realiti Kini

Ambition can be defined as an eager or strong desire to accomplish something.
 Ingat lagi tak cita-cita kita masa kita kecik? Zaza ingat lagi Zaza nak jadi DOKTOR. Satu family tau Zaza nak jadi doktor dulu. Mak dan abah pun suka kalau Zaza nak jadi doktor. Mestilah mereka rasa berbangga ada anak seorang doktor. Tapi lepas masuk sekolah menengah, cita-cita dah bertukar pulak nak jadi PAKAR MOTIVASI. Sebab rasa macam x layak/sesuai jadi doktor kot. Masuk U, cita-cita bertukar lagi, nak jadi PENSYARAH pulak, tapi apply x dapat-dapat. Jadi sambar je la kerja apa yang dapat. Asalkan dapat berdikari dan tak bergantung dengan keluarga lagi. Ada yang dapat jadi seperti yang dicita-citakan, tak kurang juga yang melencong terus dari cita-cita. Persoalannya kenapa??? Salah satu sebab mungkin kerana semakin kita meningkat dewasa banyak peristiwa yang kita lalui atau kita nampak yang membataskan imiginasi kita, mengurangkan keyakinan kita pada diri sindiri atau membataskan kebolehan diri mungkin juga sudah tersurat sebab kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa, yang menentukan segala sesuatu itu ialah ALLAH. Kadang kala tak semestinya yang kita mahukan itu yang terbaik buat kita. Allah lebih mengetahui. Percaya tak apa yang kita miliki sekarang adalah dari pilihan kita sendiri? Semuanya bermula dengan keputusan yang pernah kita buat dulu. Jadi apa yang kita putuskan sekarang bakal menentukan siapa dan bagaimana kita pada masa hadapan. Jangan pandang rendah potensi diri. Segalanya tak mustahil andai kita yakin dan mahu menerobos kekuatan dan kelebihan diri. Januari baru meninggalkan kita, namun itu bukan alasan untuk tidak punya azam atau target mahu jadi yang lebih baik pada tahun 2011 berbanding 2010 kan? Ambil sedikit masa untuk diri sendiri, duduk dan tulis apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup (tanpa sikap prejudis kepada potensi diri).Zaman sekarang zaman yg semuanya nak cepat. Mati je org tak mau cepat. =P Nilai kehidupan pun dah merosot seiring dengan kemodenan duniawi. Pastikan usaha kita untuk capai apa yang kita idamkan tak melanggar batas kemanusiaan apatah lagi melanggar syariat agama. (*_*)

The world makes way for those who know where they are going.



Ambil langkah pertama sekarang atau kita akan berada di tempat yang sama.

4 comments:

  1. i remember you told me that you dream to be a lecturer :D chase your dreams babe! xoxo

    ReplyDelete
  2. mari bersama-sama mengejar cita-cita.. =)

    ReplyDelete
  3. Jamie cute: thanks & Happy CNY.. ;D
    Mizah: mari2.. =D

    ReplyDelete
  4. bila baca balik, x sangka aku leh tulis mcm ni.. ohh i miss myself yg dulu.. x kenal erti putus asa.. ohhh

    ReplyDelete